Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435


Salam Maulidur Rasul 1435

BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib, Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama: Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama: Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."

(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Allahuma Soli A'la Muhammad, Wa'ala alihi Muhammad.

Thursday, December 12, 2013

Jom Jumpa Ustaz Azhar Idrus


14.12.13 Sabtu, 8 mlm – 10 mlm, Surau Bangi Perdana, Jln 3/7 off Jln 3/12, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi Selangor.
GPS: 2.946877,101.780924

# Jom pakak turun gi dengor ceramoh UAI.. bukang sokmo Big Boh kite mari Selangor ning..

Wednesday, December 11, 2013

Sejarah Terengganu


Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapatmanusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam ShahJohor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam diTanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orangBugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah sekarang.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Terengganu


Tuesday, December 10, 2013

Jalinan Mesra Permata 2013 (Family Day Permata)



Assalamualaikum dan Salam Permata..

Stress dengan Assignment Bertingket2??
Bosan..??
Rindu Angin Pantai??
Rindu nak Dengar Ombak??
Jalinan Mesra Permata Datang Lagi~!
Jom Pakat Gi Awok2 Kiter~
Daftar segera! Tempat Terhad.

Berminat Sila Isi Maklumat Diri Dalam Link di Bawah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Nur Farhana - 0139129877

https://docs.google.com/document/d/1Mx8qQYtatJyJQWRbC-cN7bQzhtZ1b0a24uShJkptM2A/edit?usp=sharing

Sunday, December 8, 2013

Kamus Terengganu



 Jom Belajar Bahasa Terengganu! Oh My Ganu! ^__^



Cara nak guna :
1. Tekan Ctrl + F
2. Masukkan perkataan yang ingin dicari
3. Selamat mencuba!


 Untuk muat turun tekan di sini:
Kamus Terengganu.pdf

Saturday, December 7, 2013

Tabung Kebajikan Permata UKM


Assalamualaikum dan salam PERMATA.

Makluman mengenai Tabung Kebajikan Permata Khas untuk Ahli Permata UKM.

Jika ada sebarang musibah seperti yang tertera sila laporkan kepada :

Exco Kebajikan Permata Abdul Hadi Abul Mundzir & Najwa Afiqa.

Sekian harap maklum..


Friday, December 6, 2013

Barisan Kepimpinan Permata Sesi 2013/2014

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. (An-Nisaa’ : 58)

"Selamat Menjalankan Amanah"

Tuesday, November 5, 2013

Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu 1435H / 2013


KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Seorang pendakwah dan karyawan Islam, Dr. Zulkifli Mohamad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada majlis sambutan Maal Hijrah 1435H yang berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Dr. Zulkifli, 44, yang berasal dari Kampung Kubang Kekura, Kuala Bekah dekat sini menerima anugerah tersebut daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berupa wang tunai berjumlah RM10,000 berserta sijil penghargaan dan plak. - UTUSAN ONLINE



Latar Belakang Beliau :

NAMA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad
NAMA PENA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
ALAMAT: 13A, Jalan Kasturi 7, Kasturi Height, Bandar Baru Nilai,71800 Nilai. Negeri Sembilan.
TARIKH LAHIR: 16 Januari 1969 ( 44 tahun )
TEMPAT LAHIR:Gong Pauh, Kemaman, Terengganu.

Kelulusan Akademik:
BA. Universiti Madinah
MA. Universiti Ilmu-ilmu Islam, Syria
Ph.D Universiti Sains Malaysia (USM)
Jawatan:
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Buku dan Penulisan: 
  1. Intergriti Dalam Islam (2007), USIM. 
  2. Akuantabiliti Sebagai Mahasiswa Islam (2007), USIM. 
  3. Khazanah Irbidiyah 2: Hukum Wanita Menjadi Imam Solat
  4. Kontroversi Solat Jumaat Dr. Amina Wadud (Tulisan bersama al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri). 
  5. Khazanah Madaniyyah 2: Menyelusuri Ikhtilaf Mazhab Antara Keterikatan & Keterbukaan, Perpaduan & Perpecahan (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
  6. Khazanah Madaniyyah 3: Siri Hukum –Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (1) - Hukum Jampi dan Pakai Tangkal (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri). 
  7. Khazanah Madaniyyah 4: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (2) - Hukum Bacaan al-Quran Untuk Si mati Adakah Sampai Pahalanya? (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri). 
  8. Khazanah Madaniyyah 5: Siri Hukum-Hakam Syara’ & Kajian ilmiah (3) Hukum Makan Katak & Berubat Dengannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri). 
  9. Khazanah Madaniyyah 6: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (4) - Memahami Kaedah Dharurat Dalam Islam (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
  10. Khazanah Madaniyyah 7: Siri Hukum-Hukum Syara’ & Kajian Ilmiah (5) - Hukum Penyerupaan Menurut Islam (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri). 
  11.  Khazanah Madaniyyah 9: Perbezaan Pendapat Mazhab Dikalangan Mazhab; Sebab-sebab, Adab & Penyelesaiannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
  12. Hukum Jampi Dan Pakai Tangkal (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
  13. Hukum Bacaan al-Qur'an Untuk Si Mati: Adakah Sampai Pahalanya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
  14. Yaasin dan Doa - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT dan USIM. 
  15.  Isu-isu semasa Global - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT and USIM. 
  16.  Lebih 160 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum.
Aktiviti / Jawatan Lain:
  1. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Terengganu Darul Iman.
  2. Penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ruangan Bicara Agama di Utusan Malaysia.

Saturday, October 6, 2012

Barisan Kepimpinan Permata Sesi 2012/2013


Thursday, April 5, 2012

Wajarkah PTPTN Dihapuskan?


Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, isu PTPTN kembali hangat dibincangkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Kita tidak menafikan peranan penting PTPTN dalam memberikan peluang kepada ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat varsiti. Namun, adalah malang apabila sistem PTPTN dicemari dengan amalan riba’.

Benar, untuk meletakkan hukum sama ada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN sebanyak 3% itu adalah riba’ atau tidak, kita perlu merujuk kepada pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Justeru, dengan merujuk kepada para ulama’ dan pakar ekonomi Islam, kita akan menemukan kepada jawapan bahawa caj perkhidmatan itu adalah riba’. Sila rujuk kepada artikel tulisan Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Haji Dusuki dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Malang sekali, ramai pihak masih gagal menanggapi riba’ sebagai satu kesalahan besar. Rujuklah para ustaz dan ulama’ dan kita akan menemukan hadis-hadis yang meletakkan kesalahan riba’ itu sebagai dosa yang sangat besar, sehingga diibaratkan dosa riba’ yang paling kecil sekalipun adalah setaraf dengan dosa berzina dengan ibu sendiri. Malah, dalam hadis yang lain Allah S.W.T. dan Rasulullah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba’! Bukankah itu hujah yang sangat jelas yang menggambarkan betapa beratnya dosa riba’ itu? Seandainya kita benar-benar memahami betapa besarnya kesalahan riba’ itu, maka pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar daripada apa-apa sistem yang melaksanakan riba’.

Soal pemabayaran balik wang pinjaman PTPTN semasa pengajian sememangnya amat tidak wajar. Praktis seperti itu hanya akan mendorong para pelajar untuk menjadi lebih materialistik, dan akhirnya mengurangkan fokus mereka kepada proses pembelajaran dan pendidikan yang sebenarnya merupakan tugas utama mereka. Mungkin benar, bahawa para pelajar pada hari ini sama ada bekerja atau tidak, memang tidak fokus kerana pelajar kekurangan sikap dan tabiat yang positif. Tetapi, tidak semua pelajar begitu! Juga, adakah hanya dengan alasan seperti itu kita ingin terus menggalakkan lagi para pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian dan pendidikan? Kesempitan kewangan adalah antara faktor penting yang mendorong kepada berlakunya banyak jenayah. Apakah kita ingin menekan kehidupan para pelajar sehingga akhirnya mereka terpaksa mengambil jalan keluar mudah dengan melakukan jenayah?

Adalah tidak adil untuk saudari Normaliza menggunakan contoh pelajar yang belajar di luar negara sambil bekerja lalu mencapai kecemerlangan sebagai justifikasi untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah untuk pelajar bekerja dan mencapai kecemerlangan dalam masa yang sama. Perlu diingat ada banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum sesuatu kesimpulan itu dibuat. Sebagai contoh, pelajar yang sekadar bekerja mencuci tingkap universiti setiap pagi di United Kingdom sudah boleh mendapat gaji yang mencukupi untuk menampung kehidupannya setiap bulan, dan masih boleh membuat simpanan. Adakah peluang pekerjaan yang sebegitu mudah dengan gaji yang sebegitu lumayan wujud di negara kita? Itu belum lagi mengambil kira soal norma masyarakat serta soal galakan daripada pihak universiti dan kerajaan.

Tentang isu caj 1%, ini adalah isu riba’ yang dikenali sebagai sistem ujrah. Pihak PTPTN berpendapat bahawa 1 % tersebut adalah caj perkhidmatan yang dikenakan untuk membayar gaji pekerja, adakan ceramah PTPTN dan sebagainya. Tetapi kita sedia maklum 1 % caj tersebut akan meningkat setiap tahun. Jika si peminjam tidak mampu untuk membayar pada tahun pertama, pada tahun kedua, caj akan meningkat kepada 2%. Kita ketepikan soal kemampuan. Sama ada seseorang itu mampu atau tidak, bukan isunya kerana riba’ tidak mengambilkira sama ada seseorang itu mampu atau tidak membayar balik dengan tambahan caj. Sebab itu saya menulis di atas bahawa riba’ ini adalah satu dosa yang besar. Jangan dipandang enteng soal kesalahan riba’!
Kewujudan PTPTN itu sendiri adalah disebabkan oleh kos pengajian yang terlalu tinggi yang tidak mungkin mampu dibayar oleh ramai orang jika tidak ada bantuan. Soalnya, mengapakah perlu kos pengajian itu begitu tinggi? Kalau benarpun kos pengajian itu memang perlu tinggi untuk menampung gaji pensyarah, fasiliti dan sebagainya, mengapa tidak disubsidikan sahaja? Mengapa wang peruntukan untuk PTPTN itu digunakan sebagai pinjaman? Mengapa tidak sebagai subsidi? Adakah kerana kita tidak meletakkan pendidikan itu sebagai suatu yang penting? Kalau kita mampu membina menara berkembar Petronas yang terlampau tinggi itu, mengapa tidak kita menampung kos pendidikan? Kalau kita mampu membina kota Putrajaya yang begitu indah dan menelan belanja yang berbillion ringgit jumlahnya, mengapa tidak kita membayar kos pendidikan untuk pelajar kita? Adakah pembangunan fizikal itu jauh lebih penting daripada pembangunan insan? Sila kaji kos pendidikan serta bantuan kewangan yang ada di United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat. Kemudian, fikirkan dengan akal yang cerdik dan rasional!

Wednesday, December 14, 2011

Gambar sekitar Kebarangkatan Pulang Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri












DAULAT TUANKU

Sunday, December 11, 2011

Rakyat Terengganu sambut kepulangan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah


(info semasa)

Rakyat Terengganu sambut kepulangan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah

11/12/2011 7:34pm

KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Seramai 15,000 rakyat jelata dijangka membanjiri sepanjang jalan di bandar raya ini bagi menyambut keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah ke negeri ini esok.

Sambutan itu dibuat sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 esok.

Mereka yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga Institusi Pengajian Tinggi Awam, pelajar serta murid sekolah akan berada di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) hingga Istana Maziah di sini sejauh 16.2 kilometer.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Mohd Zahari Jannah berkata, sebaik tiba di LTSM, aturcara sambutan keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berlangsung tiga hari iaitu pada esok, Rabu dan Jumaat ini. Katanya Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah dijangka tiba di LTSM kira-kira pukul 2 petang dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan akan disambut kira-kira 2,000 orang.

Sejurus tiba, baginda berdua akan disambut kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri diketuai Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

"Selepas tiba di LTSM, baginda berdua akan ke Istana Maziah untuk majlis Santapan Petang yang dijangka dihadiri kira-kira 300 orang tetamu sebelum berangkat balik ke Istana Nur Nadirah di sini,” katanya pada taklimat mengenai keberangkatan pulang baginda, di sini, hari ini.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad yang bertindak sebagai pegawai pengiring dari ibu negara.

Beliau berkata, untuk aturcara pada Rabu ini, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah kira-kira pukul 8.30 pagi yang dijangka dihadiri kira-kira 600 tetamu.

Manakala pada Jumaat pula, baginda Tuanku Mizan akan berangkat mencemar duli merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering (sebelum ini dikenali Masjid Diraja) kira-kira pukul 12 tengah hari.

-sumber media-