Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Monday, March 23, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Saturday, March 14, 2009

MADAI '09

Sekretariat Timbalan Yang Di-Pertua PERMATA sekali lagi akan menganjurkan satu Majlis Makan Malam Darul Iman 2009 (MADAI '09). MADAI merupakan salah satu aktiviti wajib dalam takwim PERMATA sendiri. Kali ini, MADAI akan diadakan sebagaimana berikut :


TARIKH : 5 APRIL 2009 (9 RABIULAKHIR 1430 HIJRAH)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT :BANGI GOLF RESORT (BGR), SELANGOR DARUL EHSAN


Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini adalah :

*ucapan alu-aluan
*persembahan kebudayaan
*Penyampaian Cenderamata dan Sijil kepada Mantan-mantan EXCO PERMATA Sesi 08/09
*Penyampaian Anugerah Khas PERMATA 08/09

bayaran penyertaan hanyalah RM10 sahaja...
jangan lepaskan peluang memeriahkan MADAI '09...

semua anak-anak terengganu dialu-alukan dan dijemput untuk menyertai MADAI...

“SENANDUNG MADAI SINAR PERMATA”

Monday, March 9, 2009

Memahami Erti Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.