Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Saturday, January 23, 2010

KARNIVAL SUKAN PERMATA

Perhatian buat semua mahasiswa PERMATA. Satu karnival sukan bersama PERMATA semua universiti sekitar lembah klang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 27hb Februari 2010 ( Sabtu )
Sukan :Boling
Tempat : Time Square
Yuran : RM150 ( dalam rundingan bersama pesat )
peserta : 4 Orang ( 1 kump)


Tarikh : 28hb Februari 2010 ( Ahad )
Sukan : Futsal ( 7 0rg 1 kump)- nak 2 kump
Bola jaring ( 10 org 1 kump)- nak 2 kump
Yuran : RM15 ( penginapan, makan pagi,tghri n petg, dan Dinner bersama Menteri sukan)
Tempat : Univervisiti Malaya (UM )

Pengangkutan disediakan.....sesiapa yang berminat boleh menghubungi

Halim - 0132124817
Syukrimi - 0199454780
K.nisa - 0139470310
K.ayu - 0133107022

Daftar cepat sebelum terlambat. tempat terhad !!!!!!!!
JOM G JUPE AWOK2....................

Monday, January 18, 2010

PERHATIAN

Mesyuarat Agung persatuan ( AGM ) yang dijadualkan pada 23 hb Januari ini dibatalkan atas arahan JPPEL dan akan di adakan pada bulan Februari. Tarikh, hari dan masa akan dimaklumkan kemudian kerana menunggu maklumbalas dari JPPEL.

Harap Maklum ....................

PERHATIAN : DINAR EMAS

Perhatian buat semua anak ganu yang berminat mengikuti program Dinar Emas anjuran PERDANA UKM pada 24hb Januari 2010 (Ahad). Persatuan sedia menyumbang sebanyak RM5 setiap seorang bagi membantu meringankan beban yuran sebanyak RM20 tersebut. Oleh itu, sesiapa yang berminat menyertai program tersebut sila hubungi :

1) Kak Nisa - 0139470310
2) Halim - 0132124817

Tuesday, January 12, 2010




PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Assalamulaikum buat sahabat2 mahasiswa/i ukm. Akhir2 ini, jelas terpampang di dada2 akbar dan di kaca TV berkenaan Penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian. Permohonan Gereja Katholik tersebut untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam agama mereka kemudian diluluskan penggunaannya oleh Hakim Lau. Namun KDN telahpun menghantar surat rayuan agar kelulusan itu ditarik balik. Selain KDN ramai lagi pihak2 NGO lain yang menentang penggunaan tersebut. Namun begitu wujud juga pihak2 yang menyokong penggunaan tersebut dan ini merupakan suatu tindakan yang menyedihkan bagi umat islam.

Allah sememangnya Tuhan untuk semua umat manusia yang melata di muka bumi ini. ini kerana Allah lah yang menciptakan bermula dengan penciptaan nabi Adam A.S. Kemudian Justify Fullberkembang biaklah umat manusia yang wujud dimuka bumi. Umat2 sebelum kedatangan Nabi Muhammad menganut agama samawi yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Daud dan lagi melalui kitab taurat, injil dan zabur. Kitab2 yang dibawa oleh Nabi2 terdahulu meneyeru manusia menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Namun begitu, telah berlaku penyelewengan terhadap kitab2 tersebut menyebabkan mereka tidak lagi menyembah Allah sebagaimana yang di bawa oleh Nabi2 tersebut.

Tuhan yang disembah oleh umat2 tersebut bukan lagi Allah, mereka telah menyembah berhala, patung2, pokok, api, bulan dan sebagainya. Amalan yang dilakukan oleh mereka ini adalah syirik dan bercanggah dengan agama samawi yang sebenar. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa tuhan yang mereka sembah bukanlah Allah yang Esa sepertimana yang disemabah oleh umat islam. Namun begitu, mereka sebenarnya percaya bahawa Tuhan mereka yang sebenar adalah Allah. hal ini dapat dilihat berdasarkan Firman Allah :

" Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah "

Seperti yang diketehui oleh semua pihak, dalam agama kristian mereka mengamalkan konsep trinity iaitu tuhan yang berbilang bilang. Hal ini jelas berlawanan dengan Firman Allah dalam surah al-Ikhlas ayat 1 yang berbunyi :

" katakanlah wahai Muhammad, Dialah Allah yang Esa "
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah hanya satu, dan tidak berbilang-bilang sepertimana dalam agama kristian.

Oleh itu, sekiranya penggunaan nama Allah ini dibenarkan, ia akan membawa kecelaruan kepada umat islam. Umat islam pasti kan tertanya2 adakah Allah yang disembah oleh umat islam sama dengan "Allah' yang disembah oleh orang kafir. Hal ini mungkin akan mengakibatkan terdapat umat islam yang tidak lagi mempunyai sensitivi terhadap agama islam dan mengambil ringan tentang abidah2 dalam islam yang pada akhirnya akan mengakibatkan susah untuk membezakan antara orang islam dan orang kristian.

Allah yang seperti kita ketahui juga mempunyai 99 nama iaitu dikenali sebagai Asma ul-Husna. Asma ul Husna ini merupaka sifat2 Allah yang melebihi sifat2 makhluk yang lain. Oleh itu, penggunaan perkataan " Allah " dalam agama kristian juga dilihat sebagai suatu pencabulan terhadap sifat Allah kerana jelas menunjukkan tuhan yang mereka sembah berbeza dengan Allah bagi umat islam. Penetapan sifat2 Allah itu sebenarnya ada disebut dalam sebuah kitab dimana ia khusus untuk Tuhan orang Islam sahaja iaitu Allah.

Akhirnya, saya menyeru sahabat2 agar bertegas dalam isu ini dan memberikan pemahaman terhadap sahabat2 yang masih leka dan mengambil acuh tidak acuh akan isu ini. Ketahuilah bahawa nabi ada bersabda :

" Barangsiapa yang tak mengambil berat dalam urusan umat islam, bukan dari golongan kami"

Oleh itu, mainkanlah peranan masing2 disudut yang tersendiri agar penggunaan nama Allah oleh agama kristian ini tidak berjaya dan tidak terlaksana bagi menjaga maslahat umat islam. Mohon teguran andai saya tersilap....

Wallahu a'lam.................