Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Tuesday, December 22, 2009

PEMBERITAHUAN!!!~

Mtk perhatian kpd semua pengunjung2 blog PERMATA, terutamanya ahli2 PERMATA UKM termasuk induknye skali, program BAKSIS PERMATA 2010 yg dijadualkan pada 8 - 10 januari 2010 terpaksa DITUNDA ke satu tarikh yg akn dibincangkan dan dipertimbangkan sedikit masa lagi, insyaAllah. Segala maklumat akan diupdate dari mase ke smsa.. Mohon maaf ats segala kesulitan...~

Friday, December 4, 2009

Salam Pertemuan...

1st of oll, mtk maap laa yer~ lme dop update blog ni..
phm2 laa kalu doh cuti, bkn senang nok online..
tyme dop cuti p0n, bz jugok..
hehe..

ap2 p0n,
nk ucap jugok slmat b'cuti..
slmat menempuh sem baru hok nk bukok dop lme lagi..
naik sem baru dengan semangat baru deh!!~
tyme cuti ni, defrag jah otak tu..
jgn format sume, naye kekgi..~

sambil2 online ni...
nk umum se mende..

PERMATA UKM akn anjurkan program Bakti Siswa (BAKSIS)..
maklumat :
tarikh : 8 - 10 jan 2010
tempat : felda bukit bading, ajil...
ni program pertama PERMATA utk sem baru, sem 2 sesi 2009/2010..

jdnye...
sape2 hok berminat, bule laa bg feedback..
member2 kte hok duk kat HUKM p0n bule jugok join..
dialu2kn..
mklumat details, kte akn update lagi..
ni nok refresh dulu..
hehe~

utk BAKSIS ni,
sape2 hok minat..
bule bg NAMA, NO MATRIK, NO TELEFON kpd :

halim (YDP PERMATA) : 013-2124817
fitrah : 013-9092708

Tuesday, October 27, 2009

FUTSAL ANJURAN PERMATA YAYASAN

Kepada ahli PERMATA yang berminat menyertai boleh membuat pendaftaran kepada syukrimi ( 0199454780) atau halim ( 0132124817) secepat mungkin. Kejohanan ini bakal menghimpunkan ahli PERMATA semua universiti yang mempunyai persatuan mahupun tidak.maklumat seperti berikut:

Tempat : DS Sport Centre, Kawasan Perindustrian, Taman Permint Jaya
Tarikh : 12 & 13 Disember 2009
Yuran : RM 20 ( sepasukan - ditanggung oleh PERMATA)
Format perlawanan : Kalah Mati

FUTSAL ANJURAN GANUSOCCER

Pada 17 oktober lepas, PERMATA telah memasuki satu pertandingan futsal yang sport planet kajang yang di anggotai oleh Peja, syukrimi, buying, zemi, iqbal, Jo, Yus dan zaid. Perlawanan bermula seawal jam 9pagi. Team PERMATA memenangi perlawanan pertama menewaskan GSN OTAI 4-0, dan perlawanan ke 2 menewaskan GSN JB 5-1. namun nasib tak menyebelahi apabila kalah pada perlawanan ke 3,4 dan 5. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara Kelab Penyokong Terengganu yang di sekitar Selangor n KL dengan ahli PERMATA.....syabas di ucapkan buat Team PERMATA





Wednesday, October 21, 2009

Salam Imtihan..



Salam Imtihan buat semua kawan2 PERMATA serta seluruh warga UKM..
Semoga tercapai segala cita dan berjaya dgn cemerlang hendak-NYa..
amiinnn...



keyakinan itu sahabat kejayaan
الثقه رفيقه النجاح
pengetahuan itu kuasa
اعرف نفسك
kejujuran merupakan amalan terbaik
الامانه خير ضمانه

Tuesday, October 13, 2009

suasana sepanjang sambutan hari raya PERMATA...

~..ni antra gmbr2 suasana sambutan rayer... enjoy.. :) ..~












Wednesday, September 30, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI PERMATA 2009




Assalamualaikum dan salam lebaran...

Satu Sambutan Aidilfitri PERMATA '09 akan diadakan sebagaimana berikut :

tarikh : 5 oktober 2009 (isnin)
tempat : 3f 301, fssk
masa : 8.00 - 10.30 malam

semua ahli-ahli PERMATA dijemput hadir.

* pakaian adalah mengikut kesesuaian majlis... baju raya adalah digalakkan.. :)





Tuesday, September 29, 2009

JUALAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!

DAPATKAN BAJU T-SHIRT PERMATA


Baju Laki





Baju Puan


Dapatkan SEGERAAAAAA.............

Bilangan Terhad

Harga:

Lelaki - RM 18
Perempuan - RM 22

Berminat?????sila hubungi:

Nuar : 013-3154523
Suhadat ; 014-8182574
Halim ; 013-2124817

Monday, September 28, 2009

INTEL Walk in Interview


* kepada sesape yang berminat boleh bertindak sebaliknya.

Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010

1. Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010

a)Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 15 Oktober 2009

b)Selepas tarikh ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerana lewat membuat pengesahan.

c)Pengesahan hendaklah melalui Web http://www.ukm.my/upp

d)Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Disember 2009.



2. Permohonan penginapan kolej kediaman Semester II Sesi 2009/2010

a)Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui Web Secara “On Line” http://www.ukm.my/upp mulai 20 hingga 31 Oktober 2009.

b)Keputusan Permohonan Akan Dimaklumkan Melalui Sms Sebelum Semester II Dibuka.



3. Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2009/2010

a)Tarikh akhir mengosongkan bilik pada 14 November 2009

b)Permohonan penginapan luar semester (Isi Borang) mulai 1 hingga 15 Oktober 2009.

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009/2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2009/2010



1. Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.ukm.my/smpweb.

2. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web yang sama mulai 21 September, 2009

3. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu) melalui laman web
http:www.ukm.my/smpweb

4. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama
KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Aw
al hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 pada 21 Disember, 2009

5. Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal k
ursus boleh dilakukan mulai 16 November, 2009

Wednesday, September 16, 2009

BAS BALIK RAYA

Perhatian buat sume yang naik bas untuk balik ganu. Maklumat adalah seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 18hb sept 2009
Masa : 9 malam
Tempat berkumpul : Pusanika

Kepada yang tidak dapat naik bas pada hari tersebut. sila maklumkan pada YDP permata. Masih ada satu kekosongan, yang berminat hubungi YDP Permata.

Bas adalah untuk balik ganu dan mari ukm smula.......

Tuesday, September 15, 2009

FESTIVAL ILMU 09

Alhamdulillah, berlalu sudah Program Festival Ilmu 09 yang berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 8-10hb sept 2009. Terima kasih diucapkan kepada semau yang terlibat samada dari pihak MPP UMUM mahupun PERMATA sendiri. Moga-moga program yang telah selesai dijalankan itu mendapatkan redha Allah sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Antara sorotan-sorotan program:

Perasmian



Forum Ramadhan





Gerai Jualan



Bengkel Keusahawanan



Slot Motivasi







Wednesday, September 2, 2009



FESTIVAL ILMU 'O9
8-10 September 2009
Bangunan Pusanika, UKM
" Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa"

Diantara program:

Perasmian Festival Ilmu '09

Pesta Buku dan Jualan

Forum Ramadhan

Tajuk:
Ramadhan: Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
Panel:
Saudara Hafiz bin Razak (Moderater)
Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz
Ustaz Riduan bin Mohd Nor

Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya

Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri
motivator: En. Amin bin Idris

p/s: Kepada mahasiswa/i dijemput untuk menghadiri program yang diadakan. Dengan kehadiran kalian semua dapat memberi input yang berguna. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Faez :0132509738
Halim:0132124817
Tasneem:0132429726

Monday, August 31, 2009

BUKA PUASA ANAK TERENGGANU

Salam ukhwah buat semua mahasiswa/i Terengganu..satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Terengganu akan di adakan. Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh ; 12 sept 2009 ( Sabtu )
Tempat ; Pacific Hotel, KL
Masa bertolak : 3.30 pm
Tempat berkumpul : Pusanika
Pakaian: Lelaki -baju melayu sepasang
perempuan - baju kurung ( bw sekali kain sembahyang-solat terawih)

Bas disediakan sebanyak 3 buah... Tempat terhad. DAFTAR SEGERA. SILA BERIKAN NAMA, NO FON & KOLEJ MANA KEPADA :

Salwa : 0199696861


Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua mahasiswa/i terengganu. Sama-sama kita manfaatkan bulan yang mulia ini semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang mempersiakan nikmat Allah...JOM TAMBAH IBADAH





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Insyaallah, majlis berbuka puasa akan diadakan di PWTC bersama-sama unversiti lain dan juga kerajaan negeri pada 12hb sept 2009...........penyertaan belum dibuka.sila tunggu berita selanjutnya

Saturday, August 15, 2009

PERMATA NAIB JOHAN FUTSAL TERTUTUP PEMASRA














Wednesday, August 12, 2009




Assalamualaikum...Kepada semua sahabat2 tahun 1 yang baru mendaftar, satu majlis INTERAKSI bersama exco dan penasihat akan diadakan pada tarik seperti tersebut di atas.
Maklumat lanjut :

15hb 9 2009

8.00mlm : majlis bersama penasihat di FSSK

10.00mlm: majlis selesai

16hb 9 2009

8.00 pagi : bertolak ke padang kajai

8.30 pagi ; program bermula- taaruf, sukaneka dan lain

12.00 tengahari : penyampaian hadiah, makan, bersurai

sila confirmkan kehadiran anda........

Thursday, August 6, 2009

PENGUMUMAN: BAS BALIK RAYA

Assalamualaikum buat semua mahasiswa/i TERENGGANU....

Bas Balik Raya ada disediakan...untuk peringkat awal kami hanya mendapat 2 biji bas..

Jadi daftar segera!!!!!!!

PERCUMA untuk pergi dan balik....had penumpang hanya 80 sahaja

Sila hantarkan nama, ic dan no fon anda kepada:

Norhidayu : 013-3107022

sape cepat, dia dapat!!!!!!

Tarikh tutup 9hb ogos 2009

PERHATIAN:
Pada yang tinggal di besut..bas hanya berhenti di Kuala Terengganu
jadi yang nak tarik diri sila bagi nama anda secepat mungkin sebelum 15hb 8..mohon kerjasama.
Mohon maaf..semua ketetapan tertakluk pada kerajaan negeri.
(sape2 y dah ada buat bayaran, sila tuntut kembali)

Tuesday, July 28, 2009


Jemputla datang beramai-ramai...kepada sesiapa yang berminat sila berikan nama dan no matrik kepada:
Hasimi : 013-9364836
Norhidayu: 013-3107022
Kepada yang mendaftar, sila berkumpul di punasika , Kecuali yang tinggal di Kris Mas dan Za'ba, tunggu di hentiaan bas kolej masing-masing hari sabtu 1 Ogos, pada pukul 5.00 p.m

Pakaian bebas asalkan sopan dan menutup aurat.....

DAFTAR SEGERA....TEMPAT TERHAD!!!!!!

Thursday, July 23, 2009

OPKIM DI DARUL FALAH









Tuesday, July 21, 2009

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)

Ahlan wasahlan dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menjadi warga UKM beberapa minggu yang lalu. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk memeriahkan booth PERMATA UKM bersempena dengan minggu pengenalan persatuan pelajar bermula:
Tarikh: 20-24 Julai 2009
Tempat: di aras 2, bangunan Pusanika UKM...

Marilah bersama-sama wahai anak Terengganu mendaftar di booth Permata..Ini semua adalah untuk kepentingan pelajar anak Terengganu kita..

JOM DAFTAR ANAK GANU...INSYAALLAH!!

SENYUM SOKMO

Saturday, May 30, 2009

Perlantikan Canselor baru UKM




SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tempoh lima tahun bermula 16 April lalu.

Watikah perlantikan itu disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Mazlan Ahmad serta Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Mohamad Abdul Razak (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir Dr Hassan Basri (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Dr Saran Kaur Gill (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat).

Terdahulu, Baginda diberi taklimat oleh Dr Sharifah Hapsah mengenai aktiviti UKM sepanjang tahun ini.

Pelantikan Tuanku Muhriz, 61, sebagai Canselor UKM ketiga itu bertujuan bagi menggantikan Canselor UKM kedua sebelum ini iaitu Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember 2008.

Almarhum Tuanku Ja’afar dilantik sebagai Canselor UKM kedua sejak 1976.

Canselor pertama UKM ialah Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Friday, May 29, 2009

Yuran kolej UKM naik !!!!!

Oleh JUNHAIRI ALYASA

junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bimbang dengan nasib mereka apabila pihak pengurusan kolej di universiti itu berhasrat untuk menaikkan yuran asrama daripada RM490 kepada RM600 bagi setiap semester bermula sesi depan.

Kenaikan yuran tersebut kini menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar kerana mereka sudah dibebani dengan kenaikan yuran pengajian sejak tahun lalu.

Malah, kesan kenaikan yuran asrama itu akan turut dirasai oleh 4,000 hingga 5,000 pelajar baru yang dijangka memulakan pengajian mereka tidak lama lagi.

Kosmo! difahamkan, kenaikan yuran asrama itu melibatkan lapan buah kolej kediaman iaitu Kolej Ibrahim Yaakub, Datuk Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai, Ibu Zain, Idris Al Marbawi, Tun Syed Nasir, Tun Dr. Ismail dan Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, pelajar yang menginap di dua buah kolej lagi iaitu Kolej Za'ba dan Keris Mas bakal menikmati penurunan yuran sebanyak RM90 ekoran penyelarasan yuran yang dilaksanakan oleh UKM.

Salah seorang pelajar fakulti undang-undang universiti itu yang cuma mahu dikenali sebagai Munirah mempersoalkan kenaikan yuran tersebut kerana mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar masih rendah.

"Kalau dilihat dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan Internet masih lagi mengecewakan pelajar di sini. Kalau nak naikkan yuran pun kena pastikan semua itu dipenuhi dahulu baru pelajar tidak akan mempersoalkan kenaikan ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, kesan kenaikan yuran pengajian pada tahun lalu masih lagi dirasai oleh kebanyakan pelajar dan ditambah lagi dengan bebanan baru ini menyebabkan ramai pelajar merungut.

"Tahun lepas pelajar baru kena bayar yuran pengajian sebanyak RM750 untuk satu semester berbanding sebelum ini cuma RM550. Sekarang nak naik lagi, saya yakin ramai yang akan pening kepala," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang cuma ingin dikenali sebagai Faizal meminta pihak pengurusan universiti mempertimbangkan semula kenaikan tersebut ekoran kemelesetan ekonomi dunia yang turut melanda negara ini.
"Saya merayu kepada pihak universiti pertimbangkan keputusan yang bakal dilaksanakan itu. Kalau boleh kami juga ingin tahu perincian sebenar yuran yang dibayar pada setiap semester supaya ada ketelusan di antara pelajar dan pihak pengurusan universiti,'' katanya.


Jadi....aper pandangan anda terhadap hal ini??? Sebelum ini yuran naik, yang digembar-gemburkan adalah yuran kolej di KKM dan KPZ akan turun, tp di"banyak" lagi kolej lain naik... hmm....Inikan universiti awam...yg dibina untuk menjaga kepentingan awam dan sebagai kemudahan untuk rakyat.... kemana duit2 nie semua akan pergi ya?? belum lagi ukm mendapat penganugerahan universiti APEX dimana universiti akan mendapat autonomi untuk pengurusan, kewangan dan lain2....hmm.... fikir2kan....anda sebagai pelajar pasti boleh menilai....

Friday, May 15, 2009

OPKIM PERMATA UKM


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA MAHASISWA/I TERENGGANU KHUSUSNYA DAN UKM AMNYA....JOM SERTAI KAMI......