Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Saturday, September 10, 2011

Maklumat Perincian Potongan Yuran Kolej Kediaman



Makluman terkini daripada Jabatan Bendahari UKM berkenaan harga yuran penginapan kolej-kolej kediaman UKM bagi Semester 1 Sesi 2010/2012.

(A) Kolej Keris Mas (KKM) & Pendeta Za'ba (KPZ)

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 2 orang)
i. RM 4.50 sehari x 18 minggu x 7 hari = RM 567.00
ii. Yuran JAKSA = RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi) = RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik = RM 25.00
JUMLAH = RM 737.00


(B) Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 1 orang)
i. RM 4.00 sehari x 22 minggu x 7 hari = RM 616.00
ii. Yuran JAKSA = RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi) = RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik = RM 25.00
JUMLAH = RM 786.00


(C) Kolej-kolej lain

Kadar Asrama sahaja (1 bilik 2 orang)
i. RM 2.50 sehari x 18 minggu x 7 hari = RM 315.00
ii. Yuran JAKSA = RM 100.00
iii. Kemudahan (Wifi) = RM 45.00
iv. Kemudahan elektrik = RM 25.00
JUMLAH = RM 485.00


NOTA :
1. Caj sebenar akan berlaku apabila mahasiswa mendaftar diri di kolej masing-masing bergantung kepada jenis bilik dan tempoh sebenar tinggal di kolej. Kemungkinan yang dijangka berlaku adalah mahasiswa akan terkurang atau terlebih caj yuran penginapan.
2. Sehubungan itu semua mahasiswa diminta menyemak akaun masing-masing melalui SMP Web untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar dan jumlah yang terlebih bayar.



Sedikit tambahan, untuk menjawab persoalan dan pertanyaan rakan-rakan mahasiswa UKM berkenaan Yuran Aktiviti JAKSA Kolej Kediaman UKM yang dibayar sebanyak RM 100 setiap sesi, berikut merupakan perincian di atas setiap ringgit yang anda bayar. (Sumber : Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM)

Aktiviti JAKSA : RM 30.00
Jamuan Tahunan : RM 20.00
Kebajikan : RM 10.00
T-Shirt MMP : RM 16.00
Bilik Sumber : RM 20.00
Kad Kolej : RM 4.00
JUMLAH RM 100.00

Peringatan Tambahan :
1. Jangan bayar apa-apa yuran lain yang diminta pihak kolej, misalnya t-shirt kolej, kerana rakan-rakan telah pun membayar t-shirt kolej berharga RM 16.00 yang standard melalui potongan yuran kepada Jabatan Bendahari, dan hal ini sama bagi semua kolej kediaman di UKM.

2. Jika anda menghadapi masalah seperti tiada paip air, pili air rosak, tombol pintu rosak, lampu kalimantang terbakar, segera laporkan kepada JAKSA Kebajikan kolej anda, dan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing. Harus diingatkan rakan-rakan telah membayar RM 10 setiap orang bagi satu semester. Justeru itu, hak anda sebagai penghuni kolej harus diperjuangkan.

3. Juga disyorkan anda memanfaatkan sepenuhnya Bilik Sumber kolej kediaman anda. Sekiranya ada kekurangan seperti meja atau kerusi atau lain-lain, segera ajukan kepada pentadbiran kolej. Anda berhak mendapat ruang untuk berada di bilik sumber kolej kediaman anda masing-masing di atas harga RM 20.00. Jadikanlah amalan membaca sebagai amalan rutin harian kita.

4. Sertai juga program aktiviti-aktiviti JAKSA kolej kerana rakan-rakan telah membayar sebanyak RM 30.00 (Yuran JAKSA). Lebih elok sekiranya rakan-rakan juga mampu menjadi AJK pelaksana program JAKSA tersebut kerana melalui penganjuran aktiviti-aktiviti akan mencambahkan idea rakan-rakan. Tetapi pegang kepada prinsip kita adalah mahasiswa yang berpaksikan keintelektualan dan idealis.
5. Sebagai peringatan juga akan ada pertambahan yuran dari semasa ke semasa berlaku. Rakan-rakan disarankan selalu menyemak akaun di SMP Web dan terus berhubung dengan pihak pentadbiran kolej sekiranya menghadapi sebarang permasalahan.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti