Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Tuesday, April 21, 2009

KAMI TAK MEMPOLITIKKAN MAHASISWA

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat mahasiswa/i Terengganu. saya di sini ingin memberi respon pada artikel yang dikeluarkan oleh pihak tertentu berkenaan MADAI dalam siasah mahupun mahasiswakini. Apa yang saya nak tegaskan di sini, kami saff kepimpinan PERMATA tidak sekali-kali berniat mempolitikkan mahasiswa.
Pada malam tersebut kami telah menyediakan teks ucapan kepada YB Khazan, tapi biasalah memang kami tak mampu mengelak atau menghalang YB memberi ucapan yang kononnya mempolitikkan mahasiswa. Kami beranggapan andaikata hal ini berlaku pada pihak yang tersebut sekalipun, adakah mereka akan postkan perkara yang sama????
Saya disini ingin mengingatkan golongan terbabit, andai ini caranya kamu bekerja nescaya kamu hanya membuatkan mahasiswa semakin jauh dari kamu.Tak perlu rasanya saya mendatangkan hadis untuk golongan ini kerana mereka telah terlalu hebat dalam hal ini. Di manakah sebenarnya letaknya dakwah bilhikmah kamu andai kamu melakukan sesuatu berdasarkan nafsu semata-mata. Ingatlah andai kamu melebihkan politik semata-mata, tanda berpandukan ajaran islam kamu tak akan berjaya. Islam itu syumul, bukan politik semata-mata. Tepuk dada tanya IMAN anda..wallahu a'lam

Tuesday, April 14, 2009

TIP-TIP PEPERIKSAAN


Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan menjelang peperiksaan :

YANG BOLEH :

Rancang ulangkaji masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji.
Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.

Susun bahan ulang kaji.

Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.

Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat.

Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk

belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan.

Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai.

Cari kaedah terbaik

Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya.

Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda.

Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui.

Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkaraperkara yang lain.

YANG TIDAK BOLEH:

Ulang kaji saat akhir

Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.

Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah.

Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang.

Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.

Pesanan semasa peperiksaan

Baca arahan dengan betul dan tenang.

Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu.

Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca

soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar.

Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.

Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda.

Pesanan penting selepas peperiksaan

Jangan :

Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat.

Memikirkan lagi sama ada anda tela menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepada kertas-kertas yang akan datang.

Saturday, April 11, 2009

SUASANA MADAI 09

Terima kasih pada semua yang menjayakan MADAI 09 samada AJK2 mahupun peserta MADAI..TQ SO MUCH..WE LOVE U ALL