TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Tuesday, April 21, 2009

KAMI TAK MEMPOLITIKKAN MAHASISWA

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat mahasiswa/i Terengganu. saya di sini ingin memberi respon pada artikel yang dikeluarkan oleh pihak tertentu berkenaan MADAI dalam siasah mahupun mahasiswakini. Apa yang saya nak tegaskan di sini, kami saff kepimpinan PERMATA tidak sekali-kali berniat mempolitikkan mahasiswa.
Pada malam tersebut kami telah menyediakan teks ucapan kepada YB Khazan, tapi biasalah memang kami tak mampu mengelak atau menghalang YB memberi ucapan yang kononnya mempolitikkan mahasiswa. Kami beranggapan andaikata hal ini berlaku pada pihak yang tersebut sekalipun, adakah mereka akan postkan perkara yang sama????
Saya disini ingin mengingatkan golongan terbabit, andai ini caranya kamu bekerja nescaya kamu hanya membuatkan mahasiswa semakin jauh dari kamu.Tak perlu rasanya saya mendatangkan hadis untuk golongan ini kerana mereka telah terlalu hebat dalam hal ini. Di manakah sebenarnya letaknya dakwah bilhikmah kamu andai kamu melakukan sesuatu berdasarkan nafsu semata-mata. Ingatlah andai kamu melebihkan politik semata-mata, tanda berpandukan ajaran islam kamu tak akan berjaya. Islam itu syumul, bukan politik semata-mata. Tepuk dada tanya IMAN anda..wallahu a'lam

3 comment:

Farid Albariti said...

Salam. Macho nye presiden Permata ni...

Gambar background tu cantik, tapi susah nak bc teks... Papepun, steady r ganu kite...

Anonymous said...

tme ksh pd saudra farid krn sudi mlyri blog ini..tp kmi dr phk PERMATA memrlukn komen y mbna drp org spt sudra..sy kcwa dgn pmpnan proM y mlht isu ini sbg biasa...

Anonymous said...

pmpnan proM..???