Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Sunday, October 24, 2010

SALAM IMTIHAN PERMATA





Assalamualaikum wrm wbt,

Menjelang peperiksaan akhir yang akan tiba beberapa hari lagi, pihak PERMATA mendoakan agar warga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlibat diberikan taufiq & hidayah oleh Allah s.w.t agar tenang dan sabar dalam menghadapi situasi peperiksaan.

Moga-moga Allah menganugerahkan kejayaan diatas usaha berganda & berterusan yang diusahakan selama ini.

Mohon untuk tidak lupa bertawakkal kepada-Nya setelah selesai menjawap peperiksaan.

Moga redha & rahmat Allah kita perolehi, InsyaAllah.

Wassalamualaikum wrm wbt.

Monday, September 27, 2010

PERMATA d'AIDILFITRI 2010





Assalamualaikum wbt. Aidilfitri PERMATA kali ini dimeriahkan lagi dengan Majlis Rumah Terbuka Permata dan Nurilmi 2010 yang telah berlangsung pada 25 SEPT 2010 lepas. Program ini bermula jam 8 mlm dan tamat pada jam 11 malam. Sebelum ahli2 beraya dan makan bersama,mereka mendengar tazkirah daripada penceramah muda, En Hussein di dewan 3B 301 FSSK sempena Program Nurilmi. Pelbagai makanan menarik disediakan sempena raya Permata ini antaranya sate,lemang,rendang,laksa pinang, roti jala dan kuih2 raya..Terima Kasih kepada anak2 Terengganu yang memeriahkan majlis dan exco2 yang telah menjayakan program ini. Terus bersama PERMATA !! :D

Thursday, September 23, 2010

RUMAH TERBUKA PERMATA 2010


semua anok2 tganu dijemput hadir ke majlis hari raya PERMATA.

TEMPAT : DEWAN 3b 301 FSSK
TARIKH : 25/9/2010
MASA : 8-11 MALAM

pakaian sumer adalah pakaian hari raya..sekian.
SELAMAT BERHARI RAYA di "PERMATA d'AIDILFITRI" :)

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI LEBARAN..







Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

PERMATA mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia terutamanya warga UKM dan anak2 Terengganu. Selamat Pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti. Maaf Zahir dan Batin. :)

Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK-ANAK TERENGGANU BERSAMA MB DI PWTC






28/08/2010: Selesai sudah majlis berbuka puasa bersama Datuk Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC. Seramai 230++ anak terengganu UKM telah mengikuti majlis ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan lagi majlis ini. Sekian...wassalam

Tuesday, August 24, 2010

PEMBETULAN

salam
pembetulan...utk majlis berbuka pose nti...bas mula gerak PKUL 4 PTG..bukan 5 ptg..tggu kat kolej masing2..jadi sape2 yg lambat akn ditinggal...sekian
~maaf ats kesulitan~

Sunday, August 22, 2010

MAKLUMAN TERKINI!!

salam..makluman!!

~Majlis Berbuka Puasa Bersama MB dan Pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu pada 28/8/2010 bertempat di Dewan Tun Abd.Razak 1 dlm PWTC..
~sape2 yg tak bagi nama,BOLEH JOIN..
~semua tunggu kt kolej masing2,kul 4 ptg..kalau lambat kena tinggal..
~bas ada 4 buah..so kalau penuh,berdiri je la..
~pakaian baju kebngsaan atau baju batik SAHAJA

sekian~

Tuesday, August 10, 2010





9 OGOS 2010: Perlawanan persahabatan bola sepak PERMATA vs PERMAJ.
PERMATA menang bergaya dengan membenam cabaran PERMAJ 14-0. Tahniah dan terima kasih kepada pemain-pemain anak Terengganu dan anak Johor. Syabas buat PERMATA!!!

Monday, August 9, 2010

SAHKAN KEHADIRAN BALIK RAYA!

salam...sesiapa yg dh bagi nama utk balik raya nti...jgn lupa ke bilik permata bermula esok (10 ogos) sehingga khamis (12 ogos) untuk sahkan kehadiran anda balik raya nti...btolkan nama n no ic..penting utk pendaftaran insurans perjalanan.....tq~

Friday, August 6, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Salam..
Pendaftaran peserta untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama MB dan Pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu pada 28/8/2010 bertempat di Seri Pacific KL telah dibuka kepada seluruh anak-anak Terengganu UKM..
untuk keterengan lanjut call 019-3743784 (Hudayati)..

BAS BALIK RAYER DH PENUH!!!!

salam..makluman terbaru...
pndaftaran bas balik raya dah penuh....3 bas yg diperolehi dari kerajaan negeri Terengganu telah penuh didaftarkan oleh pelajar2 negeri terengganu yg menuntut di UKM ni....harap maaf pada sesiapa yg x dapat mndaftar untuk balik ngan bas PERMATA

sekian wassalam

Wednesday, August 4, 2010

BAS BALIK RAYER!!!!

salam..bas balik raya ada pada tahun ni...sesape yg berminat nak naik bas ni boleh lah berikan nama penuh, no matrik, no telefon & no kad pengenalan.. hntar ke no:

kuala terengganu : 013 3154523
besut : 013 6619620

tempat adalah terhad.....
bas balik raya akan bertolak dari UKM pada 7 september 2010
balik dari terengganu pula adalah pada 18 september 2010
jam 10 malam

CEPAT...CEPAT...CEPAT!!!!!!

Tuesday, August 3, 2010

MLM MESRA SISWA & PELANCARAN NUR ILMI






Alhamdulillah..selesai sudah Malam Mesra Siswa PERMATA & Majlis Pelancaran Nur Ilmi 2010..terima kasih diucapkn kpd Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusoff yg sudi merasmikan mjlis serta tidak lupa kpd anak2 ganu yg hadir..terima kasih diucapkan~
jgn lupa utk terus hadir dlm aktiviti2 PERMATA di masa akn datang~

"PERMATA UKM TRANSFORMASI UNGGUL SEIRING INSPIRASI UNIVERSITI"

Tuesday, July 27, 2010

Assalamualaikum.Makluman terkini PERMATA UKM , Majlis Mesra Siswa dan Jamuan Siswa Permata 2010 yg bakal berlangsung pd 30 Julai 2010 ni ditunda pd 2 Ogos, Isnin, di Dataran FSSK, jam 8.00 mlm. Aktiviti: ~ramah mesra brsama penasihat, ~cabutan bertuah, ~makan2, dan pelancaran Nur Ilmu 2010..jom pakat mari rama2.. Maaf atas kesulitan yg berlaku :)

Monday, July 26, 2010

perginya seorg insan

Prof Muda@ Abdul Rahman Ismail yg juga merupakan prof di jabatan Usuludin dan Falfasah Fakulti Pengajian Islam telah kembali ke rahmatullah pd 11 Jun 2010 lalu/28 Jamadil akhir 1431h..allahyarham juga merupakan penasihat PERMATA UKM yang sgt mesra, bjiwa kental, penyayang dan peramah...seluruh mahasiswa Terengganu dan warga PERMATA UKM khususnya mengucapkan takziah thadap ahli keluarga allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...amiin
sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah...

Saturday, July 24, 2010

MINGGU PENGENALAN DAN PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN/KELAB





Alhamdulillah, tahniah dan syabas kpd semua krn telah menjayakan mggu 3P PERMATA dgn penuh jayanya...Terima Kasih kepada seluruh warga PERMATA UKM dan AJK pelaksana program...juga selamat dtg kpd mereka yg telah mndftar~

"KAMI CAKNA SOKMO KITA ANOK-BERANOK"

Monday, July 19, 2010

Minggu Pengenalan Persatuan 2010/2011

Saturday, May 15, 2010

SEMPENA 16 MEI....





Seseorang pernah berkata "Once a teacher, forever a teacher". Ada benarnya kata-kata ini kerana walau hanya sehari anda menjadi guru, sampai mati anak murid anda akan memanggil anda cikgu. Guru adalah pekerjaan yang mulia hingga ada membuat perumpamaan Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Orang Lain...
Kepada semua warga pendidik di luar sana khususnya pensyarah-pensyarah UKM,kami warga Permata UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Ramai orang menyayangi anda dan mengingati anda insyaAllah di dunia dan di akhirat. Semoga ilmu yang anda sampaikan akan memberi manfaat dan menjadi syafaat di akhirat. Amin.

Friday, April 30, 2010

Selamat Bercuti





Alhamdulillah tamat sudah peperiksaan akhir untuk semester kali ini..semua dah lakukan yg terbaik..dan sekarang hanya mampu berserah dan tawakal kepada Allah.. Seterusnya..selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman..semoga perjalanan pulang sentiasa dalam perlindungan yg Maha Esa..

Saturday, April 10, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN





SELAMAT MENHADAPI PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA .
TERUSKAN BERSAMA KAMI



Menjelang peperiksaan akhir yang akan tiba, kami, warga PERMATA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar semua. Semoga pelajar semua dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan penuh persediaan.

MAKAN MALAM DARUL IMAN 2010 & MALAM ANUGERAH IKON PERMATA TERBILANG 01







PERMATA UKM
Alhamdulilah selesai sudah Majlis Makan Malam Darul Iman 2010 dan Malam Anugerah Ikon PERMATA Terbilang 01. Terima Kasih kepada seluruh warga PERMATA UKM dan AJK Pelaksana program. Terima kasih kepada Y.M Ir. Dato' Tengku Ismail Tengku Jaafar diatas kesudian merasmikan MALAI 01....."PERMATA UKM" TRANFORMASI UNGGUL SEIRING INSPIRASI NEGARA"

Saturday, March 27, 2010

Sunday, March 21, 2010




Kepada semua mahasiswa anak-anak Terengganu, Majlis Makan Malam Darul Iman & Malam Anugerah Ikon PERMATA ( MALAI )akan diadakan pd 4 APRIL 2010, AHAD di Kelab Golf Danau UKM, PERCUMA!!!

Pendaftaran dan tempahan meja boleh dibuat mulai isnin 22/3 hingga ahad 28/3 jam 10pg-4ptg dibilik PERMATA.

TEMPAT TERHAD 250 SAHAJA

CEPAT!!!

Thursday, March 18, 2010

Blog PERMATA_UKM sedang dikemaskini..Harap Maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku
~HARAP MAKLUM

Thursday, February 25, 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN

Pada sume anak ganu, AGM persatuan anak ganu akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 26hb Februari 2010 (jumaat)
Tempat : auditorium Siswa ( pusanika )
Masa : 8.00pm - 11.00pm

Sume anak ganu d jemput hadir. Mari la rama2 tgk pimpinan baru...

makang ade, balik kite ator!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 23, 2010

KARNIVAL SUKAN PERMATA

Perhatian buat semua mahasiswa PERMATA. Satu karnival sukan bersama PERMATA semua universiti sekitar lembah klang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 27hb Februari 2010 ( Sabtu )
Sukan :Boling
Tempat : Time Square
Yuran : RM150 ( dalam rundingan bersama pesat )
peserta : 4 Orang ( 1 kump)


Tarikh : 28hb Februari 2010 ( Ahad )
Sukan : Futsal ( 7 0rg 1 kump)- nak 2 kump
Bola jaring ( 10 org 1 kump)- nak 2 kump
Yuran : RM15 ( penginapan, makan pagi,tghri n petg, dan Dinner bersama Menteri sukan)
Tempat : Univervisiti Malaya (UM )

Pengangkutan disediakan.....sesiapa yang berminat boleh menghubungi

Halim - 0132124817
Syukrimi - 0199454780
K.nisa - 0139470310
K.ayu - 0133107022

Daftar cepat sebelum terlambat. tempat terhad !!!!!!!!
JOM G JUPE AWOK2....................

Monday, January 18, 2010

PERHATIAN

Mesyuarat Agung persatuan ( AGM ) yang dijadualkan pada 23 hb Januari ini dibatalkan atas arahan JPPEL dan akan di adakan pada bulan Februari. Tarikh, hari dan masa akan dimaklumkan kemudian kerana menunggu maklumbalas dari JPPEL.

Harap Maklum ....................

PERHATIAN : DINAR EMAS

Perhatian buat semua anak ganu yang berminat mengikuti program Dinar Emas anjuran PERDANA UKM pada 24hb Januari 2010 (Ahad). Persatuan sedia menyumbang sebanyak RM5 setiap seorang bagi membantu meringankan beban yuran sebanyak RM20 tersebut. Oleh itu, sesiapa yang berminat menyertai program tersebut sila hubungi :

1) Kak Nisa - 0139470310
2) Halim - 0132124817

Tuesday, January 12, 2010




PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Assalamulaikum buat sahabat2 mahasiswa/i ukm. Akhir2 ini, jelas terpampang di dada2 akbar dan di kaca TV berkenaan Penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian. Permohonan Gereja Katholik tersebut untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam agama mereka kemudian diluluskan penggunaannya oleh Hakim Lau. Namun KDN telahpun menghantar surat rayuan agar kelulusan itu ditarik balik. Selain KDN ramai lagi pihak2 NGO lain yang menentang penggunaan tersebut. Namun begitu wujud juga pihak2 yang menyokong penggunaan tersebut dan ini merupakan suatu tindakan yang menyedihkan bagi umat islam.

Allah sememangnya Tuhan untuk semua umat manusia yang melata di muka bumi ini. ini kerana Allah lah yang menciptakan bermula dengan penciptaan nabi Adam A.S. Kemudian Justify Fullberkembang biaklah umat manusia yang wujud dimuka bumi. Umat2 sebelum kedatangan Nabi Muhammad menganut agama samawi yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Daud dan lagi melalui kitab taurat, injil dan zabur. Kitab2 yang dibawa oleh Nabi2 terdahulu meneyeru manusia menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Namun begitu, telah berlaku penyelewengan terhadap kitab2 tersebut menyebabkan mereka tidak lagi menyembah Allah sebagaimana yang di bawa oleh Nabi2 tersebut.

Tuhan yang disembah oleh umat2 tersebut bukan lagi Allah, mereka telah menyembah berhala, patung2, pokok, api, bulan dan sebagainya. Amalan yang dilakukan oleh mereka ini adalah syirik dan bercanggah dengan agama samawi yang sebenar. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa tuhan yang mereka sembah bukanlah Allah yang Esa sepertimana yang disemabah oleh umat islam. Namun begitu, mereka sebenarnya percaya bahawa Tuhan mereka yang sebenar adalah Allah. hal ini dapat dilihat berdasarkan Firman Allah :

" Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah "

Seperti yang diketehui oleh semua pihak, dalam agama kristian mereka mengamalkan konsep trinity iaitu tuhan yang berbilang bilang. Hal ini jelas berlawanan dengan Firman Allah dalam surah al-Ikhlas ayat 1 yang berbunyi :

" katakanlah wahai Muhammad, Dialah Allah yang Esa "
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah hanya satu, dan tidak berbilang-bilang sepertimana dalam agama kristian.

Oleh itu, sekiranya penggunaan nama Allah ini dibenarkan, ia akan membawa kecelaruan kepada umat islam. Umat islam pasti kan tertanya2 adakah Allah yang disembah oleh umat islam sama dengan "Allah' yang disembah oleh orang kafir. Hal ini mungkin akan mengakibatkan terdapat umat islam yang tidak lagi mempunyai sensitivi terhadap agama islam dan mengambil ringan tentang abidah2 dalam islam yang pada akhirnya akan mengakibatkan susah untuk membezakan antara orang islam dan orang kristian.

Allah yang seperti kita ketahui juga mempunyai 99 nama iaitu dikenali sebagai Asma ul-Husna. Asma ul Husna ini merupaka sifat2 Allah yang melebihi sifat2 makhluk yang lain. Oleh itu, penggunaan perkataan " Allah " dalam agama kristian juga dilihat sebagai suatu pencabulan terhadap sifat Allah kerana jelas menunjukkan tuhan yang mereka sembah berbeza dengan Allah bagi umat islam. Penetapan sifat2 Allah itu sebenarnya ada disebut dalam sebuah kitab dimana ia khusus untuk Tuhan orang Islam sahaja iaitu Allah.

Akhirnya, saya menyeru sahabat2 agar bertegas dalam isu ini dan memberikan pemahaman terhadap sahabat2 yang masih leka dan mengambil acuh tidak acuh akan isu ini. Ketahuilah bahawa nabi ada bersabda :

" Barangsiapa yang tak mengambil berat dalam urusan umat islam, bukan dari golongan kami"

Oleh itu, mainkanlah peranan masing2 disudut yang tersendiri agar penggunaan nama Allah oleh agama kristian ini tidak berjaya dan tidak terlaksana bagi menjaga maslahat umat islam. Mohon teguran andai saya tersilap....

Wallahu a'lam.................