TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI LEBARAN..







Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

PERMATA mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia terutamanya warga UKM dan anak2 Terengganu. Selamat Pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti. Maaf Zahir dan Batin. :)

Reactions:

0 comment: