TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Saturday, May 30, 2009

Perlantikan Canselor baru UKM




SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tempoh lima tahun bermula 16 April lalu.

Watikah perlantikan itu disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Mazlan Ahmad serta Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Mohamad Abdul Razak (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir Dr Hassan Basri (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Dr Saran Kaur Gill (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat).

Terdahulu, Baginda diberi taklimat oleh Dr Sharifah Hapsah mengenai aktiviti UKM sepanjang tahun ini.

Pelantikan Tuanku Muhriz, 61, sebagai Canselor UKM ketiga itu bertujuan bagi menggantikan Canselor UKM kedua sebelum ini iaitu Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember 2008.

Almarhum Tuanku Ja’afar dilantik sebagai Canselor UKM kedua sejak 1976.

Canselor pertama UKM ialah Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

0 comment: