Allah Peliharakanlah Terengganu

Terengganu Darul Iman

Keluarga Permata

"Membina Permata Bahagia"

Suka dan Duga Tetap Gembira

"Bersama-sama Lakukan Segalanya, Tempuhi Cabaran dan Dugaan"

Merealisasikan Mimpi

"Kegagalan Telah Kami Tempuhi, Kejayaan Kini Kami Kecapi"

Malam Darul Iman 2013

Perasmian oleh YB Ghazali Taib ~ Pengerusi Exco Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Tuesday, April 5, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II.....
HIMPUNAN DOA UNTUK EXAM...INSYAALLAH DIPERMUDAHKAN

DOA PENERANG HATI

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hatiku dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hatiku pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.


DOA MUDAH FAHAM & MUDAH HAFAL

Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR

Ya ALLAH, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.


DOA APABILA TERLUPA

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.


DOA KETIKA HENDAK MEMASUKI EXAM @ TEMUDUGA

Ya ALLAH, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk Mu.

Monday, March 7, 2011

AGM PERMATA 2011/2012




Semua Warga PERMATA dijemput hadir. Pengangkutan n makanan disediakan :)

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul Muhammad SAW



12 RabiulAwal 1432H
Anywhere we are, Nabi Muhammad SAW always our idol to follow in daily life…InsyaAllah.Ameenn

Salam Maulud drpd PERMATA. :)

Wednesday, January 12, 2011

SIMPOSIUM KEPIMPINAN MUDA 2011 (PIMPIN)


Thursday, January 6, 2011

KURSUS KEPIMPINAN & HARI KELUARGA PERMATA 2011




Cepat2!! PERCUMA!! Ajak ramai2..Program ni terbuka kepada semua anak2 Terengganu UKM dan juga anak2 negeri lain..lagi ramai,lagi bagus!! Banyak aktiviti menarik menanti!!

Tarikh : 27 Jan - 30 Jan 2011
Maklumat Lanjut hubungi JOE : 019 4520920 & HAKIM : 0145065305

Sunday, October 24, 2010

SALAM IMTIHAN PERMATA





Assalamualaikum wrm wbt,

Menjelang peperiksaan akhir yang akan tiba beberapa hari lagi, pihak PERMATA mendoakan agar warga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlibat diberikan taufiq & hidayah oleh Allah s.w.t agar tenang dan sabar dalam menghadapi situasi peperiksaan.

Moga-moga Allah menganugerahkan kejayaan diatas usaha berganda & berterusan yang diusahakan selama ini.

Mohon untuk tidak lupa bertawakkal kepada-Nya setelah selesai menjawap peperiksaan.

Moga redha & rahmat Allah kita perolehi, InsyaAllah.

Wassalamualaikum wrm wbt.

Monday, September 27, 2010

PERMATA d'AIDILFITRI 2010





Assalamualaikum wbt. Aidilfitri PERMATA kali ini dimeriahkan lagi dengan Majlis Rumah Terbuka Permata dan Nurilmi 2010 yang telah berlangsung pada 25 SEPT 2010 lepas. Program ini bermula jam 8 mlm dan tamat pada jam 11 malam. Sebelum ahli2 beraya dan makan bersama,mereka mendengar tazkirah daripada penceramah muda, En Hussein di dewan 3B 301 FSSK sempena Program Nurilmi. Pelbagai makanan menarik disediakan sempena raya Permata ini antaranya sate,lemang,rendang,laksa pinang, roti jala dan kuih2 raya..Terima Kasih kepada anak2 Terengganu yang memeriahkan majlis dan exco2 yang telah menjayakan program ini. Terus bersama PERMATA !! :D

Thursday, September 23, 2010

RUMAH TERBUKA PERMATA 2010


semua anok2 tganu dijemput hadir ke majlis hari raya PERMATA.

TEMPAT : DEWAN 3b 301 FSSK
TARIKH : 25/9/2010
MASA : 8-11 MALAM

pakaian sumer adalah pakaian hari raya..sekian.
SELAMAT BERHARI RAYA di "PERMATA d'AIDILFITRI" :)

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI LEBARAN..







Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

PERMATA mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia terutamanya warga UKM dan anak2 Terengganu. Selamat Pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti. Maaf Zahir dan Batin. :)

Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK-ANAK TERENGGANU BERSAMA MB DI PWTC






28/08/2010: Selesai sudah majlis berbuka puasa bersama Datuk Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC. Seramai 230++ anak terengganu UKM telah mengikuti majlis ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan lagi majlis ini. Sekian...wassalam

Tuesday, August 24, 2010

PEMBETULAN

salam
pembetulan...utk majlis berbuka pose nti...bas mula gerak PKUL 4 PTG..bukan 5 ptg..tggu kat kolej masing2..jadi sape2 yg lambat akn ditinggal...sekian
~maaf ats kesulitan~

Sunday, August 22, 2010

MAKLUMAN TERKINI!!

salam..makluman!!

~Majlis Berbuka Puasa Bersama MB dan Pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu pada 28/8/2010 bertempat di Dewan Tun Abd.Razak 1 dlm PWTC..
~sape2 yg tak bagi nama,BOLEH JOIN..
~semua tunggu kt kolej masing2,kul 4 ptg..kalau lambat kena tinggal..
~bas ada 4 buah..so kalau penuh,berdiri je la..
~pakaian baju kebngsaan atau baju batik SAHAJA

sekian~