TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Thursday, November 24, 2011

Pada 19 November 2011 yang lalu Persatuan Mahasiswa Terengganu(PERMATA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Anugerah Ikon (MADAI) yang diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara negeri Terengganu,simbolik penghargaan kepada pimpinan PERMATA yang lalu dan meraikan kecemerlangan anak Terengganu dalam bidang akademik. Majlis ini bertempat di Dewan Seri Kayangan, Danau Golf Resort, UKM bertemakan 'semanis kenangan,menggamit harapan' yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Din bin Adam, Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi. Majlis ini dihadiri oleh 100 orang anak negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh mantan pimpinan Persatuan Mahasiswa Terengganu dan wakil pimpinan Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Putra Malaysia.
Tepat jam 8.30 malam para tetamu datang dan diikuti ketibaan tetamu pada jam 8.45 malam dan disambut dengan persembahan silat.Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Pengarah,diikuti dengan ucapan penasihat Persatuan Mahasiswa Terengganu dan ucapan tetamu jemputan YB Dato’ Haji Din bin Adam, Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi diikuti dengan upacara gimik perasmian. Majlis disambung dengan anugerah penyampaian Tokoh Anugerah Ikon seterusnya penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.
Jam 9.50 malam persembahan multimedia dan 10 malam persembahan Akustik oleh mahasiswa UKM.Majlis diakhiri dengan sesi fotografi semua yang hadir.










Reactions:

0 comment: